Friday, October 15, 2010

RAMALAN TENTANG AKU..

                             ZODIAK (CANCER)



Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang KetamDengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .

Kualiti Astrologi 
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIESCAPRICORN dan LIBRA


CANCER : GELAGAT PERHUBUNGAN
Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.
Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini , TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September) merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun) adalah kurang sesuai .
Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus, anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ). Virgo juga pasangan yang sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah, kerana Virgo sememangnya lambat dalam soal cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang ‘ hangat ‘.
Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya. Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah – ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan .


BERDASARKAN BULAN --> JULAI

  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihata bahagian perut
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disayangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja





WARNA KEGEMARAN --> UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, 
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap. 




No comments: