Saturday, December 29, 2012

End of December

Jam menunjukkan 3.28 pagi. Mata cuba dipejam tapi tak mampu untuk pergi ke taman mimpi seperti meraka yang lain yang entah jauh ke mana mimpi. Mata pandang buku, tangan on laptop sedangkan final xsampai 72 jam lagi. Otak terus teringatkan blog yang simple ni. Ye, aku bukanlah blogger yang ada ramai followers. Tapi, takkan aku nak biar blog ni bersawang je, ye tak? 

Hari ni, 29 Disember 2012. Aku menghitung detik-detik menuju ke tahun 2013. Jangan tanya apa azam baru aku. Azam lama tak terlaksana lagi, xperlulah aku buat azam baru. Apa yang pasti, aku nak berubah menjadi seorang hambaNya yang lebih baik. Jadi anak yang Solehah (tapi aku dah memang anak Soleha pun! hahaahaha). 

2013. Umur aku 22 tahun. I'm getting old! orang mula bertanya bila aku nak kahwin. Alasan yang aku bagi cukup cliche. " Belajar belum habis lagi, xboleh kahwin dulu." ataupun "takde calon lagi". Cliche tapi aku rasa aku menjawab soalan sebab macam mana nak kahwin kalau takde calon. kan? Tapi aku tak nafikan, kadang-kadang aku terasa jeles bila tengok kawan-kawan yang dah kahwin. Bukak facebook, nampak gambar mereka dengan suami dan anak yang comel. Mak kata aku gatal nak kahwin! kbhai.

 :: Aku blogger yang malas. Cukup la ni. Nak bersihkan sesawang je pun ::  



No comments: