Masa kecik-kecik dulu banyak benda yang saya dengar dari mak saya
Tapi kesahihan itu tidak dapat dikenalpasti
Macam-macam pantang larang
atau makna disebalik sesuatu
Antara yang popular ::
1. Menyanyi waktu masak/di dapur
- saya ingat lagi dulu masa mula-mula nak belajar memasak saya selalu menyanyi..lepas tu kena marah dengan mak sebab mak kata nanti bila dah besar kahwin dengan lelaki tua. Mula-mula dengar memang takut. Siapa yang nak kahwin dengan lelaki tua? anda nak? tapi lama-lama xkisah dah. Memekak sesuka hati je sekarang.
2. Angkat kaki ke atas waktu meniarap
- ni lagi satu yang dulu saya selalu buat waktu kecik-kecik. Memang mak marah giler dulu. Mak kata jangan angkat kaki macam tu waktu meniarap. Nanti mak cepat mati. Lagi la menakutkan. But, lama-lama mak saya cakap it's nothing actually, just xsopan je.
3. Tersedak/terbatuk
- Orang cakap kalau kita tiba-tiba tersedak/terbatuk waktu makan atau tiba-tiba sahaja walaupun kita tengah duduk diam, tu maknanya ada orang tengah kutuk kita. "Woi! sape berani kutuk aku ni?" tu la dulu
ayat saya masa kecik-kecik. hahahha~ selalu kena tegur dengan mak.
4. Bersin/Bulu mata gugur.
- tang bersin ni saya xberapa pasti tapi version yang saya dengar kalau kita bersin tu maknanya ada orang rindu kita. Same goes to bila bulu mata kita gugur. satu version lagi, orang kata kalau kita bersin 2 sama maksudnya macam tersedak/terbatuk. Setiap kali saya bersin/bulu mata gugur saya pasti akan cakap, "ada orang rindu kita..sape lah yang rindu kita ni?" n my mom reactions will be "perasan!" hahahahaha~
hah! mesti awek ni ade orang rindu dia..
5. Potong kuku waktu malam
- saya bukan jenis yang tengok waktu kalau nak potong kuku dulu-dulu. sesuka hati je saya potong.Urutan yang sebenar pun saya langgar. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa, saya mula potong kuku ikut sunah Nabi, InsyaAllah. Berbalik pada potong kuku waktu malam, mak saya cakap kalau kita potong kuku pada waktu malam, nanti ada kunang-kunang..haaaa?? so kenapa kalau ada kunang-kunang? =.=" mak saya pun xtahu. Tapi mak saya cakap ni daripada arwah nenek saya yang bagitahu. Yelah, orang zaman, dulu-dulu katakan. Ade je pantang larang je.
banyak lagi pantang larang yang xboleh buat konon-kononnya kalau saya nak senaraikan. Tapi xlarat haaaiiiihh...
duduk atas bantal - punggung tumbuh bisul.
duduk kat tangga - nanti x de orang nak masuk minang.
gatal tapak tangan - duit nak masuk kalau belah kanan n duit nak keluar kalau belah kiri.
rama-rama terbang masuk dalam rumah - ada dayo (tetamu) nak datang rumah.
rama-rama terbang masuk dalam rumah - ada dayo (tetamu) nak datang rumah.
cacingkerawitmembebel :: like mom said, it's nothing. Just tak elok je. Kan elok kalau anak dara buat kerja elok senyap je, nak baring pun sopan. sedap sikit mata memandang.
No comments:
Post a Comment