Semalam dia sakit..Asma katanya tapi sakit dia tu ada punca sebab lain jugak. Hampir 2 tahun kami bersama, ni first time saya nampak dia sakit yang teruk macam ni. Hati saya sakit sangat tengok dia sakit macam tu. Selama ni saya tengok dia sihat walafiat, xpernah sakit.
Semalam pagi sebelum pergi kuliah, saya singgah bilik dia untuk ambik assignment dia and tolong hantarkan. Dia cakap malam tu dia xboleh tido sebab xboleh bernafas. So, dia terpaksa tido dalam keadaan duduk. Masa tu hati saya risau sangat sebab nampak macam dah teruk sangat.
Lebih kurang 10 minit saya sampai kelas, tiba-tiba telefon saya bergetar. Saya nampak nama dia kat screen. Saya jawab telefon tu and tiba-tiba saya dengar suara dia menangis. Dia kata dia sejuk and dia takut sangat duduk kat bilik sorang-sorang. Saya cuba tenangkan dia tapi saya bukanlah seorang yang pandai nak memujuk atau menenangkan orang lain. So, saya suruh dia tunggu saya balik memandangkan kelas hari jumaat just 1 jam. Saya dengar dia menangis agak teruk. Hati saya rasa sakit sangat bila dengar dia menangis. Masa saya dengar dia cakap dia sejuk and takut, saya rasa nak lari keluar kelas and temankan dia kat bilik. Saya rasa nak nangis sebab saya takut sesuatu berlaku kat dia. Saya control air mata dari jatuh.
Pukul 12 something saya balik kelas and pergi bilik dia dengan Madam Roslin and Fatin. Madam Roslin nak tengok keadaan dia. Saya sampai dulu kat bilik dia. Sekali lagi air mata saya nak tumpah bila saya nampak dia berselimut atas katil and towel kecik berbalut atas kepala dia. Saya pegang dia, dia nangis sambil cakap dia sejuk. Saya xboleh nak control sebab saya sedih sangat tengok keadaan dia. Air mata hampir jatuh.
Lepas spent time lebih kurang 25 minit, Madam Roslin pun balik. Tinggal saya dengan Fatin. Tak lama lepas tu Ezzah datang. Then, kami decide nak pergi lunch sebab masing-masing lapar. Kami tinggalkan dia kat bilik sekejap. Masa nak keluar dari bilik 2, saya dengar dia ucapkan terima kasih kat Ezzah. Hati saya tersentap. Kat situ saya sedar yang saya bukanlah seorang yang pandai nak jaga orang sakit.
Hari ni saya tak tengok dia lagi. Saya harap dia dah sihat. Saya lebih rela saya menangis sebab bergaduh dengan dia daripada saya menangis tengok dia sakit. Anda!!! cepatlah sembuh ok....=D
No comments:
Post a Comment