Tuesday, February 15, 2011

Itu Impian Saya..

1. Rumah.  
    Saya sangat sangat sangat suka rumah kampung. Lagi-lagi rumah yang diperbuat daripada kayu..So, saya 
    berharap suatu hari nanti saya ada rumah sendiri..saya nak rumah kampung. Rumah yang diperbuat 
    daripada  kayu dan batu..tapi prefer kayu lebih daripada batu....halaman rumah saya adalah halaman yang 
   dipenuhi tanah berpasir dan ada sebatang pokok besar depan rumah dan ada satu buaian tergantung kat 
   pokok 2. Belakang rumah pulak ada dusun buah-buahan.

 *gambar hiasan*

2. Kereta.
    Saya amat amat amat tertarik dengan kereta Honda..saya peminat setia Honda..terutamanya Honda Civic.
    Tapi kalau satu hari nanti saya xmampu pakai kereta Honda, saya mungkin akan pakai Myvi sebab saya 
    pun suka Myvi dan xmustahil jugak satu hari nanti saya pakai kereta selain daripada Myvi dengan Honda
    Civic. Apa yang saya pasti, kereta yang akan saya pakai adalah berwarna purple.

*Honda Civic*

* Pink dan Putih (Favourite)*

3. Handphone.
    Saya bukanlah manusia yang gilakan handphone macam orang lain. Tapi saya gila gila gila suka dekat 
    handphone Nokia. Sangat seronok!! saya selesa menggunakan Nokia berbanding handphone lain. 
    Walaupun orang lain sibuk nak cari handphone yang canggih, tapi saya sangat suka handphone Nokia 
    5610. Saya pernah pakai handphone ni dan saya sangat sukakannya (tukar dengan adik untuk satu
    jangka masa). Macam kereta juga, mungkin satu hari nanti saya xpakai handphone ni tapi handphone lain.
    Tapi apa yang saya pasti, saya tetap akan memilikinya satu hari nanti walaupun sebagai koleksi saya.

*Nokia 5610*

4. Percutian.
    Sejak dari kecik lagi (sek. rendah), impian saya adalah nak pergi melancong ke Korea. Walaupun dulu
    saya xtahu Korea tu kat mana tapi saya sangat sangat sangat nak pergi sana. Waktu kecik dulu saya 
    banyak tengok kat tv pasal negara Korea. Saya tengok Autumn kat sana cantik sangat! Sejak tu musim
    yang paling saya suka adalah musim luruh. Bukan setakat cantik tapi musim luruh pada saya seakan satu 
    cerita yang penuh dengan kegembiraan selepas kesedihan. Keinginan saya semakin membuak-buak
    semenjak saya jadi Kpop Lover beberapa tahun yang lalu. Saya akan pastikan kaki saya akan jejak ke
    Korea suatu hari nanti!
*Autumn Di Korea*
(Lokasi tidak dapat dikenalpasti)







    

No comments: