Monday, January 24, 2011

Warkah Buat Roommate

Dear Syirah,


Since awak dah nak keluar bulan 2 ni..saya nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab awak dah temankan saya dekat bilik E3-1 ni selama lebih kurang 2 tahun..Saya happy sebab dapat roommate macam awak.


Saya mintak maaf sekiranya saya bukan roommate yang baik..Walaupun kita ibarat membawa haluan masing2 ketika dalam bilik tapi saya nak awak tahu bahawa saya sayang awak sangat2..saya sedih bila dapat tahu awak nak duduk luar bulan 2 ni...saya terkejut sebab awak keluar awal sangat..Saya seorang yang sensitif jadi saya nak berterima kasih kepada awak sebab awak dah cuba sedaya upaya jadi roommate yang terbaik buat saya.


Saya akui, kadang-kala saya kurang senang dengan sikap awak yang seolah-olah suka bergantung pada saya..saya bukannya berkira sangat...mungkin itu kelemahan saya sebagai seorang roommate yang kurang memahami awak. Saya mintak maaf sangat2 sebab kehidupan kita dalam billik ni x macam orang lain..die orang sentiasa bercerita 24 jam dalam bilik,,gelak sama-sama..tapi kita tak..


Mungkin salah saya sebab saya tak reti nak bawak diri dengan awak.,Tapi saya nak awak tahu yang saya dah cuba sedaya upaya jadi roommate yang terbaik untuk awak,.Saya mintak maaf kalau awak tak rasa macam 2...Saya yakin.,.,bila awak dah duduk luar nanti mesti hubungan kita makin jauhkan...? 


Saya doakan awak happy bila duduk serumah dengan housemates awak nanti..sebab bila mereka datang bilik hari 2 saya perhatikan awak happy sangat. Jadi saya tak la risau....Akhir kata, NURSYAHIRAH BINTI AROP,,,saya sayang awak,,,,saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak,,,,Kenangan kita sepanjang duduk bersama kat E3-1 ni takkan pernah saya lupakan.......

No comments: